"Saya bersumpah, saya akan bakar
setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin
lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia
menunjukkan generasi itu akan berterusan..."
Inilah sumpah
janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita
kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah
penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah
Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.
Bagi
Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda
dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak Palestin sudah
ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar biasa
menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus
perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel.
“Tidak
sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai
saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan
Muslim).
Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu
tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi
sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai
kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan
terdetik di jiwa.
Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita
semua membantu segenap warga Palestin yang ditimpa musibah dan bencana
akibat sumpah kerakusan Zionis Israel yang mahu melenyapkan anak-anak
Palestin di negara kiblat pertama itu.
Bantuan boleh kita
berikan dengan doa yang khusyuk kepada ALLAH, meminta kepada-NYA agar
saudara kita diberi kekuatan hati dan sentiasa dalam lindungan-NYA;
memberi sumbangan berupa wang dan sokongan moral serta sumbangan lain
yang mereka perlukan.
Mari kita kikis sifat acuh kita agar
peduli kepada saudara-saudara kita di Palestin. Ketika ini, kita mungkin
asyik duduk di ruang berhawa dingin, menonton rancangan TV kegemaran
dan bergurau senda dengan keluarga.
Sementara di Gaza, mereka
berteduh di rumah bocor atap dan dindingnya; meratap di katil hospital
menanggung sakit, berjaga-jaga menunggu serangan Israel yang entah bila
benar-benar berakhir.
Sunday, 16 December 2012
Info : Sumpah Ariel Sharon Terhadap Rakyat Palestin (Gambar)
20:36
No comments
0 comments:
Post a Comment