
"Fitrahnya iman itu bermusim. Ada masanya ia naik dan turun. Demikianlah hakikat kejadian manusia. Namun, insan yang beruntung adalah jika imannya semakin bertambah seiring dengan amalannya. Jika kita terbuat dosa lain, kembalikan diri dan hati (hati yang paling penting) kepada jalan Allah SWT. Kuatkan diri, berdoa agar Allah SWT kuatkan hati dan semangat kita. Mohonlah bantuan dariNya dalam meredah ujian hidup ini. Ingat bahawa, ujian terbesar dari Allah SWT adalah kepada hambaNya yang paling Dia sayang. Kalau kita tidak mampu untuk membuat semua, jangan ditinggalkan semuanya sekali. Bermula dengan yang mudah, mulakan dengan solat 5 waktu, inshaAllah amalan-amalan baik lain akan mengikuti."
Ayat inilah yang mendorong kita dan memotivasikan diri kita. kita mesti nekad untuk berubah. Sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah amalan yang berterusan, walaupun sedikit. Ya, kita mesti berusaha untuk berubah dan berdoa semoga Allah memberikan kita peluang dan hidayahnNya yang berterusan. Doakanlah diri ini agar istiqamah dalam mujahadah melawan hasutan syaitan. Semoga mujahadah ini membawa diri kita agar lebih mendekatiNya dan menjadi insan yang berjiwa fitrah.
"Ya Allah.. sambutlah tangan ini, tetapkanlah hati ini, dekatkanlah langkah mujahadah ini dalam kebaikan dan keredhaanMu. Sesungguhnya rahmatMu ku dambakan. AmpunanMu ku pohonkan. Ampunilah dosa-dosa semalam dan terimalah taubatku ini Ya Ghaffar. Hanya padaMu ku memohon keampunan dan hanya padaMu jua ku serahkan diri."
0 comments:
Post a Comment